“Pertama kali dia tag nama sekali..”- Abg Shazlin Dedah Tanda2 Pelik Arwah Sblm Jatuh Bangunan

Kuala Lumpur: Abang sulung kepada Allahyarham Syazlin Zainal iaitu Ezra Zaidi enggan mengulas spekulasi mengenai punca kematian adiknya yang terjatuh dari tingkat 22 pangsapuri di Johor Bahru, Johor, kelmarin. Ezra berkata, kes terbabit dalam siasatan pihak polis dan masih menunggu laporan.

“Ikut laporan polis saja. Kes ini pun masih dalam siasatan polis. Kita tunggu nanti,” katanya ringkas.

Terdahulu Syazlin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, jam 10.10 malam semalam.

Dalam suasana hujan renyai majlis pengebumian itu dihadiri kira-kira 50 ahli keluarga dan sahabat.Antara rakan selebriti yang hadir ialah Shah Jaszle, Mas Khan, Fiza Thomas, Nelissa Nizam dan Hazeeq Dean.

Menurut Ezra, dia berada pelik apabila arwah memuat naik gambar mereka bersama di media sosial kerana sebelum ini Syazlin begitu menjaga privasi keluarganya.

“Sejak dia bergelar selebriti, arwah sangat menjaga privasi kami sekeluarga dan tidak pernah memuat naik apa-apa gambar kami di media sosialnya.

“Tapi pada hari jadi saya 8 November lalu, itu pertama kali dia muat naik dan tag nama sekali. Tak sangka pula itu menjadi petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan Allahyarham maut dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri.

Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

jenazah pelakon sambilan, Syazlin Zainal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 di Ampang, kira-kira jam 10 malam tadi.Menurut laporan mStar Online, sepupu arwah, Nor Shida Mohd Jawal berkata, semua ahli keluarga masih terkejut dengan pemergian Allahyarham selain tertanya-tanya punca sebenar kematian tersebut.“Apabila mendapat tahu pemergiannya, saya dan keluarga terperanjat malah sampai sekarang dalam keadaan tidak percaya. Pelik, Kami juga tiada jawapan mengapa ia boleh berlaku.

“Macam mana benda itu terjadi… persoalan itu menjadi tanda tanya seluruh keluarga sebab kami tidak tahu punca sebenar dan menanti siasatan pihak berkuasa,” katanya.Bagaimanapun, Nor Shida berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar berhubung pemergian Allahyarham sekali gus bagi menghormati perasaan keluarga Syazlin.Sementara itu, dia turut berkongsi mengenai personaliti arwah yang memiliki sikap ceria dan disenangi orang ramai.

“Arwah seorang yang tidak banyak cakap tetapi dia sentiasa ceria. Memang tak nampak macam dia ada masalah sebab dia selalu nampak gembira. “Bila berkumpul memang seronok dan kali terakhir bertemu dengannya ketika sambutan hari raya yang lalu,” kongsinya.Semalam, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pelakon berusia 26 tahun itu terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar pada tengah hari Khamis.

Raub berkata, siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Terdahulu, pemergian anak bongsu daripada lima beradik itu dimaklumkan oleh rakannya iaitu Zeatyalia menerusi beberapa hantaran di InstaStory pada malam Khamis. Untuk rekod, Syazlin yang juga anak perempuan tunggal dalam keluarga pernah membintangi beberapa drama antaranya Sitik Tok, Oh My Hantaran, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.

Seorang wanita berusia 26 tahun yang juga seorang pelakon sambilan ditemui meninggal dunia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar di sini, semalam.Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.50 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan tentang penemuan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri itu.”Hasil siasatan polis mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pelakon sambilan.

Gambar hiasan

“Hasil siasatan awal mendapati, sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.Beliau berkata, siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Bagaimanapun, beliau memohon orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808. Difahamkan, proses bedah siasat masih lagi dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSA dan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga di sini.

Jatuh bangunan

Pelakon dan pempengaruh, Syazlin Zainal, 26, dilaporkan meninggal dunia hari ini.  Syazlin difahamkan meninggal dunia dia Johor bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan.Berita sedih itu dikongsikan rakan Syazlin iaitu Zeatyalia di Instagram Story miliknya sebentar tadi.”Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya.

“Saya kehilangan rakan hari ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk luahkan perasaan saya sekarang ini. Saya juga sedang memahami apa yang berlaku,” tulisnya.Berita pemergian Syazlin mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan dan peminat. Dalam pada itu, akaun Instagram kelab peminat arwah memaklumkan akan memadam akaun itu.

“Semoga segala urusan dipermudahkan dan mohon maaf atas segala kekurangan atau kekhilafan. Akaun ini akan ditutup,” tulisnya.Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.Allahyarham adalah anak bongsu daripada lima adik-beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*