Jadi Jutawan Sekelip Mata, Mawi Artis Pertama Buat Sultan Johor Kecewa Gara-Gara Ini

PERNAH ‘hilang’ sekejap daripada dunia hiburan sekitar 2015, penyanyi dan pengarah Mawi mendedahkan dia ketika itu mengalami penyakit misteri. Berkongsi pengalaman itu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 38, berkata, darah keluar dari mulut secara tiba-tiba membuatkan dia tidak boleh tidur seperti biasa. Tambahnya, pemeriksaan kesihatan yang dilakukan juga tidak menunjukkan dia mengalami sebarang penyakit.

Video penjelasan sultan johor kecewa ada di bawah sekali..

“Masa nak gosok gigi, nak buang buih dalam mulut tapi keluar warna merah darah tapi ingatkan gusi berdarah, tapi bila kumur saja keluar darah. “Bila baring, tiba-tiba rasa tekak ada benda mengalir, pergi toilet untuk buang air dan waktu itu darah makin lama makin banyak. Saya tak boleh nak baring dan tidur duduk.”Tapi tak boleh nak tidur sebab darah dah mengalir dalam perut. Pagi itu pergi hospital tapi doktor tak dapat nak kesan apa-apa,” katanya.

Moderator yang terlibat dalam sesi berkenaan ialah bekas wartawan Melodi, Nik Syafik dan bekas wartawan Muzik Muzik, Mohd Faris. Sesi tersebut turut disertai pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang dijemput oleh moderator selepas setengah jam siaran berlangsung.Dalam pada itu, juara Akademi Fantasi musim ketiga ini memberitahu dia juga mengalami kejadian misteri lain iaitu hilang ingatan untuk beberapa minit.

“Hari yang sama selepas Asar, benda itu keluar lagi dan saya rasa mati sekejap dan selepas itu saya rasa ada benda masuk dalam kepala saya balik.”Mata saya terbuka… saya tak kenal pun siapa di keliling saya. Ada seorang perempuan menangis sambil pegang saya. Masa itu saya terfikir siapa perempuan ini.”Bidadari ke? Rupa-rupanya isteri saya menangis. Waktu itu saya hilang ingatan kejap tak kenal isteri dan anak. Ambil masa sikit dalam 15 minit hingga setengah jam,” ujarnya.

Untuk rekod, Mawi berkahwin dengan Nora’ Asikin Rahmat pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Cahaya Malaika, 9.

Sementara itu, pengarah filem Tiada Tajuk ini mengakui kejadian misteri itu turut menjejaskan kesihatan dalaman apabila dia mula menerima banyak ‘gangguan’. “Dalaman diganggu dan nampak bukan-bukan. Bila benda itu keluar, dah macam lava, lendir keluar. Penuh satu badan. Berbau pula tu… busuk,” katanya.

Untuk rekod, Mawi pernah mendapat gelaran gelombang Tsumawi, Mawi World, Mawimania dan Raja SMS selepas menjuarai program realiti pada 2005. Fenomena Mawi berterusan apabila dia dijulang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2005, sekali gus menewaskan nama besar termasuk penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Mawi Putus tunang dengan Ina Naim

video:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*