Anak Dinikahkan Oleh Bekas Suami, Menangis Sharifah Shahirah Melepaskan Anak Sulungnya

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah bakal menerima menantu pertama hari ini selepas anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, Mac lalu.

lihat video dibawah..

Teruja buat persiapan kerja kahwin Sharifah Shahirah yang mesra dengan panggilan Kak Rara, memaklumkan sebagai ibu sudah semestinya dia berasa sangat teruja untuk menguruskan persiapan buat hari bahagia anak daranya itu.

Isteri kepada pelakon Ijoy Azhari itu berkongsi momen persiapan akhir menjelang hari bersejarah itu di laman Instagram miliknya. Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan ahli keluarga dan rakan-rakannya sedang sibuk membantu persiapan kerja kahwin anak sulungnya.

Tambah Kak Rara, dia bersyukur kerana menerima menantu pertama seawal ini dan turut mendoakan yang terbaik atas pilihan yang dibuat anaknya, Allisya.

Tak kisah anak kahwin muda Terdahulu, Kak Rara memberitahu dia tidak keberatan anaknya itu memilih untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda kerana menurutnya bakal menantu dan keluarganya juga merupakan orang yang baik-baik.

Saya tak kisah pun dia (Allisya) nak kahwin awal. Itu pilihan dia untuk tamatkan zaman bujang pada usia muda. Sebagai ibunya, saya terima saja keputusan Allisya dan tidak menghalangnya. InsyaAllah, Allisya akan mendirikan rumah tangga pada 11 November ini, manakala majlis resepsi pula dijangka berlangsung pada 13 November. Alhamdulillah.

Dalam pada itu, Sharifah Shahirah juga mengharapkan agar perancangan dan perjalanan majlis anaknya itu dipermudahkan.

artikel berkaitan,

PELAKON Sharifah Sakinah meminta ahli keluarga tidak mencampuri urusan rumah tangganya selepas memberi bayangan perkahwinan dengan jejaka berasal dari Sweden iaitu Miachael Hensen sedang dilanda masalah.

Jawapan itu diberikan kepada kakaknya, Sharifah Shahirah ketika penyampai radio Suria FM itu menghubungi Sakinah bagi mendapatkan kepastian berhubung kenyataan dibuat aktres itu di Instagram miliknya pada malam Khamis.

Shahirah atau Shiera berkata, dia sendiri tidak mengetahui tentang situasi sebenar rumah tangga Sakinah dan hanya mengetahui tentang status dibuat adiknya itu selepas dimaklumkan oleh salah seorang anaknya.

“Saya memang tak tengok posting dia di Instagram, saya dapat tahu pun apabila anak tunjuk pada saya dan terfikir onar apa pula yang dibuatnya kali ini.

“Saya ada menghubungi Sakinah bagi mendapatkan kepastian tapi dia minta keluarga jangan masuk campur.

“Sakinah cuma cakap, what happened in the net stay in the internet… saya pun tak tahu apa gimik dia kali ini,” katanya kepada mStar.

Menerusi hantaran di Instagram, Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, mencetuskan tanda tanya memberitahu dia dan Michael mempunyai banyak perbezaan sehingga membuatkan mereka tidak lagi sesuai menjadi pasangan.

“Kami berbeza pendapat, kepercayaan, prespektif dan ideologi, disebabkan itu kami tidak boleh menjadi pasangan lagi. Tamat,” katanya.

Dalam pada itu, Shiera berkata, dia bukan individu sesuai untuk memberi sebarang pengesahan berhubung isu rumah tangga adiknya itu sebaliknya meminta Sakinah sendiri meletakkan noktah tentang perkara yang dia mulakan.

Kata Shiera, pihak keluarga juga berada dalam keadaan tenang apabila mendapat perkhabaran tersebut dan membiarkan Sakinah menyelesaikan sendiri semua masalahnya.

“Keluarga semua pun tenang sahaja dengar spekulasi terbaharu ini, biarlah orang nak buat spekulasi apa pun. Ada orang ambil peduli ke?

“Biarlah dia sendiri yang mengesahkan tentang perkara itu dan ia bukan kerja saya,” ujarnya.

Sementara itu, Shiera mengesahkan Sakinah berada di Malaysia dan akan bertemu dengan adiknya itu pada Ahad ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*