Isteri Terima Hadiah Ysuku

Baru-baru ini, pendakwah bebas, Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah motosikal jenis Ysuku kepada seorang ibu muda yang bekerja sebagai Foodpanda Walker bagi memudahkan urusannya untuk menjalankan pekerjaannya.

Dapat hadiah Ysuku dari Ebit Lew Wanita yang dikenali sebagai Emy, 23 itu dimaklumkan merupakan seorang anak yatim dan mempunyai seorang cahaya mata. Dia juga dikatakan telah lama terpisah dengan suaminya dan tinggal berdua dengan anak sambil menjadi  pembantu sambilan di sebuah restoran di kawasan Kerinchi, Lembah Pantai.

Dalam proses mahkamah Namun begitu, menerusi ruangan komen posting yang dibuat oleh Ebit Lew di Instagram, seorang lelaki yang mengaku bahawa dirinya adalah suami kepada Emy menyatakan yang mereka baik-baik sahaja cuma status hubungan masih dalam proses mahkamah. Menurut Fakhrul Rosli dia dan isteri tetap saling berhubung demi anak tersayang. Mereka turut  tinggal berhampiran dan segalanya masih dalam proses mahkamah.

Masih sayangkan hubungan, mungkin ini ujian Ujarnya, dia masih menyayangi hubungan perkahwinan ini dan mungkin apa yang terjadi sebagai satu bentuk ujian daripada Allah S.W.T untuk menguatkan lagi hubungan mereka. Jadi, dia  berharap supaya perkahwinan mereka terus bertahan dan memohon agar orang ramai terus mendoakan kebahagiaan mereka.

Akan cuba yang terbaik pertahankan rumah tangga Penjelasannya itu telah mendapat perhatian warganet yang kebanyakkannya menasihati pemuda tersebut supaya menjaga rumah tangga kerana mereka masih mempunyai anak kecil serta usia perkahwinan yang masih muda. Jelas Fakhrul, jauh di sudut hatinya, dia masih lagi menyayangi isteri dan akan mencuba yang terbaik demi mempertahankan rumah tangga mereka.

Sara anak sambil kumpul duit, walker Foodpanda wanita terkejut dapat motosikal lebih awal

SEORANG ibu tunggal berumur 23 tahun yang senang disapa sebagai Emi sebak selepas Ebit Lew menghadiahkannya sebuah motosikal. Wanita berkenaan yang mempunyai tanggungan seorang anak bekerja sebagai walker Foodpanda untuk menyara hidup.

Selain itu, Emi juga bekerja sambilan sebagai pembantu restoran dan menetap di sebuah flat di sekitar Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Menerusi hantaran di Instagram @ebitlew, pendakwah itu berkata dia terharu dengan kesungguhan ibu muda ini keluar mencari rezeki. “Suami dah lama terpisah. Masih proses mahkamah.

“Ujian adik sabarlah. Di usia muda dengan ujian begini. InsyaAllah di sebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita,” tulis Ebit Lew. Menurut Ebit, Emi sudah lama melihat pasukannya menabur bakti kepada masyarakat dan tidak sangka kini giliran dirinya untuk dibantu. “Katanya dah lama ingin jumpa ustaz. Hari-hari tengok ustaz suka tolong orang. Tiba-tiba Allah jumpakan di sini,” ujarnya.

Emi mengakui dia sememangnya sedang mengumpul duit untuk membeli sebuah motosikal dan tidak sangka perkara itu menjadi realiti secepat ini dengan pertolongan Ebit. “Semoga Allah jaga adik, jadi wanita yang solehah dan anak menjadi anak yang baik dan hebat,” doa Ebit. Ebit sempat berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam usaha membantu Emi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*